Saps ibu bapa 2020 semakan keputusan peperiksaan
APA itu SAPS?
Ringkasan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Maknaya sekarang sudah senang buat cikgu dan ibubapa nak tahu keputusan periksa anak punya boleh dilihat secara online. Memang ada mudah, tetapi bagi guru mungkin ada kerja tambahan. Nak kena keyin markah lagi, kena check betul-betul ,semua itu ambil masa dan juga kena teliti juga. Apepun ianya satu sistem yang ditambah baik.
Saps diperkenalkan pada tahun 2011. Sudah agak lama juga.
Pengurusan sistem penyimpanan data pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini telah berubah ianya selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini sekali gus memberi manfaat dan kemudahan kepada mereka yang terlibat dalam sektor pendidikan.
Menyedari kemudahan teknologi yang ada, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem beraplikasi yang dikhususkan bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri di Malaysia.
Sistem tersebut dinamakan sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini antara lain fungsinya adalah sebagai tempat penyimpanan data-data keputusan peperiksaan pelajar setiap sekolah-sekolah dibawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dengan kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang boleh dicapai secara dalam talian (online), ianya mempercepatkan permintaan data seperti keputusan peperiksaan pelajar untuk dianalisis oleh pihak-pihak yang terlibat termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah serta ibu bapa ataupun pelajar itu sendiri.
Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.
Kelebihan guna SAPS ini.
6 Kebaikan Penggunaan SAPS IbuBapa
Ibu bapa kebanyakkanya (tak semua)selalu salah faham bahawa teknologi itu akan mendatangkan lebih banyak keburukan terhadap anak-anak. Tetapi mereka tidak sedar bahawa teknologi boleh membantu dalam perkembangan prestasi anak mereka. Salah satu usaha daripadanya ialah kewujudan sistem SAPS IbuBapa yang merupakan penyemak keputusan atas talian.
SAPS IbuBapa merupakan kaedah atau alat yang terkini diwujudkan bagi ibu bapa melihat keputusan peperiksaan sekolah anak mereka secara atas talian. Sistem ini berfungsi dengan mudah, ibu bapa boleh mendapat keputusan anak mereka hanya dengan mengisi nombor kad pengenalan anak. Sistem SAPS IbuBapa akan terus memaparkan keputusan peperiksaan tersebut serta merta untuk dirujuk.
Ramai ibu bapa berpendapat dimana kaedah ini adalah kurang hormat terhadap anak-anak. Anak mereka mungkin tidak mahu melihat keputusan peperiksaan mereka dipaparkan. Namun hal ini seharusnya tidak perlu dibimbang oleh ibu bapa. SAPS IbuBapa ini sebenarnya mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
-
Pemantauan prestasi anak-anak
Kebaikan yang paling besar adanya sistem SAPS IbuBapa ini adalah bagi peluang ibu bapa mengikuti prestasi anak mereka. Ramai ibu bapa sebenarnya langsung tidak tahu keadaan anak mereka berada di sekolah. Mereka hanya sedar apabila diberitahu oleh guru mata pelajaran pada hari permuafakatan. Hal ini juga menyukarkan komunikasi dan kerjasama antara ibu bapa dengan guru, kerana ibu bapa tidak dapat mengikuti perkembangan pencapaian anak mereka dari semasa ke semasa.
Namun masalah ini dapat diselesaikan dengan wujudnya sistem SAPS IbuBapa. Ibu bapa diberi peluang mengikuti dan memantau prestasi anak mereka. Juga memudahkan sesi komunikasi ibu bapa dengan guru mata pelajaran tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Dengan ini, masalah pelajar dapat dikesan dengan mudah dan dapat diberi bantuan daripada dua pihak untuk menyelesaikannya.
-
Kawalan terhadap setiap keputusan peperiksaan
Seperti yang dimaklumkan, matlamat sistem saps ibubapa ini diwujud adalah untuk memudahkan ibu bapa melihat pencapaian peperiksaan anak mereka. Kewujudan sistem ini mungkin menimbul perasaan takut anak-anak, sebab risau prestasi di sekolah tidak mencapai permintaan ibu bapa. Sebelum ini, mereka akan cuba menyorokkan kertas ujian daripada ibu bapa jika mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Hal ini akan menyebabkan keputusan anak mereka semakin teruk kerana kurangnya kawalan ibu bapa. Dengan adanya SAPS IbuBapa, ibu bapa boleh mendapat tahu setiap keputusan peperiksaan.
SAPS IbuBapa boleh digunakan untuk menyemak keputusan pelajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, kecuali peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM. Dengan SAPS IbuBapa, ibu bapa boleh mengetahui pencapaian anak secara terperinci. Pencapaian pelajar akan dianalisis dan dipaparkan bersamaan dengan nilai gred purata, gred setiap subjek, kedudukan pencapaian dan sebagainya.
-
Terlibat dalam perkembangan prestasi anak
Selalunya pelajar akan menumpulkan perhatian dalam kelas semasa sesi pembelajaran. Tetapi ada masanya pelajar tidak dapat memahami dengan sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Jadi ibu bapa bermain peranan yang penting dalam membantu anak mereka dalam mengatasi masalah ini.
Dengan bantuan SAPS IbuBapa, kemerosotan pencapaian anak dapat dikenalpasti. Ibu bapa boleh menghubungi guru mata pelajaran tersebut untuk sama-sama membincangkan penyebab kemerosotan keputusan peperiksaan. Kerjasama antara ibu bapa dengan guru diperlukan untuk sama-sama menyelesaikan masalah anak mereka. Dengan ini, pelajar dapat mengharungi masalah tersebut dan meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.
-
Kerjasama antara ibu bapa dan guru
Dalam SAPS Ibubapa NKRA, terdapat satu fungsi yang dapat memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa boleh memberitahu guru mata pelajaran jika terdapat salah letak markah atau masalah-masalah yang lain. Hanya dengan meninggalkan komen, guru akan dapat lihat dan bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Apabila komunikasi antara ibu bapa dan guru menjadi lebih senang, hal ini dapat memudahkan banyak perkara. Dengan cara ini, ibu bapa tidak perlu sentiasa merisau tentang pembelajaran anak mereka. Guru akan membuat keputusan dan bertindak dengan sesuai dalam sesi pengajaran agar memuaskan hati ibu bapa.
-
Kenalpasti kekuatan dan kelemahan anak
Satu fenomena yang selalu berlaku dalam setiap keluarga ialah, ibu bapa mahu anak-anak mengejar kerjayaan dalam sesuatu bidang tertentu. Hal ini akan memberi tekanan kepada anak-anak jika mereka ada fikiran yang lain. Sebagai contoh, ibu bapa inginkan anak menjadi seorang doktor, namun anak mereka lebih suka dalam bidang sastera. Jadi anak mereka terpaksa masuk ke aliran sains untuk memuaskan hati ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan keupayaan anak tersebut disekat dan menjejaskan prestasi pembelajaran.
SAPS IbuBapa boleh membantu ibu bapa dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka. Ibu bapa akan dapat tahu jika pencapaian anak mereka lebih bagus dalam sesetengah subjek. Pada masa yang sama, mereka tidak patut memaksa anak mereka mengambil subjek yang tidak mampu menangani. Ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mengenai impian anak mereka sendiri.
-
Pelajar akan belajar lebih bersungguh-sungguh
Ibu bapa harus ingat bahawa anak-anak akan belajar lebih bersungguh-sungguh, jika mereka tahu ibu bapa mereka menggunakan SAPS IbuBapa. Anak-anak tidak mahu keputusan mereka yang kurang memuaskan dilihat oleh ibu bapa. Untuk memastikan tidak mengecewakan hati ibu bapa, mereka akan lebih berusaha mengulang kaji pembelajaran.
Ibu bapa harus memberi ruang dan motivasi untuk anak-anak agar mereka tidak merasa tertekan. Dengan ini, mereka akan dapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang kerana tiada tekanan yang pengaruhi mereka.
Kelebihan SAPS kepada ibu bapa dan guru
Dengan kelebihan teknologi jalur lebar, murid-murid tidak berdaya lagi untuk menipu markah peperiksaan dengan mengubah markah ujian mereka pada slip atau buku keputusan. Namun ia bukannya kelebihan atau tujuan utama SAPS ini diperkenalkan. Sebenarnya SAPS telah mula berfungsi lebih dari 5 tahun bagi kebanyakan ibu bapa yang baru menyedari kewujudan aplikasi online ini mulai tahun 2017. Tahun 2017 makin menampakkan populariti aplikasi SAPS sebab KPM menugaskan pihak sekolah dan guru kelas mengemaskini data murid di SAPS agar murid serta ibu bapa boleh mengetahui keputusan ujian dengan internet selepas pemarkahan siap. Aplikasi yang diwar-warkan ini telah mendatangkan beberapa kebaikan yang ketara kepada ibu bapa, guru dan murid-murid itu sendiri.
Kelebihan aplikasi SAPS kepada ibu bapa
Ibu bapa boleh mengetahui perkembangan pembelajaran murid dengan menyemak markah peperiksaan anak-anak di sekolah. Biarpun peperiksaan hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti akan prestasi seseorang murid, namun penelitian yang kerap terhadap markah seorang murid sememangnya suatu cara yang berkesan untuk mengetahui tingkah laku murid tersebut.
Dengan kewujudan SAPS Ibubapa, penjaga bukan sahaja boleh membuat semakan online dengan kerap, malah mereka dapat membuat analisis dengan melihat kepada markah ujian-ujian yang lepas sepanjang tahun. Ibu bapa boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak dengan merujuk kepada subjek-subjek yang mendapatkan markah yang rendah, lalu dapat mengenalpasti manakah subjek yang perlu diberikan tumpuan yang lebih.
Kelebihan aplikasi SAPS NKRA kepada guru
Guru kelas yang ditugaskan untuk memasukkan data diharapkan sabar dengan rutin yang katakan ‘extra work’ ini. Bagi guru-guru yang tidak begitu mahir komputer, kerja-kerja yang berkaitan dengan sistem-sistem atas talian ini mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan sistem yang direka pihak kerajaan ini selalunya tidak begitu mesra pengguna.
Guru-guru perlu menyedari suatu hakikat iaitu bidang pengajaran perlu juga ada elemen inovasi, agar generasi yang lebih cemerlang dapat dilahirkan. Segala usaha yang berkaitan dengan penggunaan ICT selama ini adalah untuk menambah baik proses pengajaran. Dengan adanya sistem yang tersusun, barulah tenaga pengajar tidak akan tenggelam mengendalikan kerja-kerja menyediakan dokumen, sebaliknya boleh fokus dalam meningkatkan mutu pengajaran.
Selain kebaikan SAPS ini sebagai alat memudahkan penghantaran maklumat digital, SAPS juga membolehkan guru-guru membuat analisis peperiksaan dengan lebih berkesan. Guru-guru hanya perlu memasukkan markah ke dalam sistem. Analisis bukan sahaja boleh dibuat mengikut markah setiap subjek, malah guru boleh melihat secara menyeluruh prestasi sepanjang tahun atau prestasi sepanjang pertengahan tahun. Ini amatlah berguna bagi seorang guru subjek untuk mengetahui tahap penguasaan murid tertentu dan dapat memberikan komen yang berkesan apabila bertemu dengan ibu bapa tersebut. Tidak seperti yang dahulu, ibu bapa menghadiri hari pengambilan buku keputusan dan guru kelas hanya mengulas sepatah dua kata kepada mereka sahaja. Data dari SAPS ini mampu memberikan sesuatu secara tepat dan menyeluruh untuk mengetahui tahap pencapaian seorang murid.
Dua sistem yang disediakan oleh KPM ini perlu dihargai ibu bapa dan guru, kerana kemudahan ini membuka jalan kepada penambahbaikan kualiti pengajaran, sama ada di peringkat sekolah atau di rumah.
Saps Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan 2020 Anak Jagaan
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) lebih popular dikalangan ibu bapa kerana sistem ini menyediakan aplikasi khas untuk ibu bapa membuat semakan keputusan anak jagaan mereka, maka tidak hairanlah sistem lebih dikenali sebagai Saps Ibu Bapa.
Aplikasi semakan ibu bapa yang ada dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini sangat membantu ibu bapa bagi membuat pemantauan prestasi belajar serta perkembangan pembelajaran anak-anak mereka berdasarkan setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Guna Saps 2020
Bagi ibu bapa yang mahu mengetahui keputusan peperiksaan anak jagaan mereka di sekolah boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang boleh dicapai secara dalam talian (online).
Bagaimanapun, data terkini bagi setiap keputusan peperiksaan adalah bergantung kepada guru mata pelajaran yang ditugaskan untuk memasukan data keputusan peperiksaan berdasarkan jadual tugasan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah panduan kepada ibu bapa yang mahu menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi membuat semakan terhadap keputusan peperiksaan / ujian anak jagaan masing-masing sama ada sekolah rendah atau menengah yang telah dijalankan.Ianya amat mudah sekali!
KELEBIHAN SAPS?
Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di Bandar atau di luar Bandar. Ia boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
Selain itu, dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan SAPS, masalah dalam meminta data dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.
KEBURUKAN SAPS?
Selain kelebihan, SAPS juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS. Keburukan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGGUNAKAN SAPS?
Untuk guru
- Buka laman SAPS yang utama
- Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan kata laluan
- Klik log in
- Halaman seterusnya akan dipaparkan
Untuk ibu bapa atau umum
1. Taip “SAPS” di google search
2. Pilih semakan ibu bapa
3. Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
4. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
5. Pilih tahun
6. Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
7. Pilih pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
8. Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan.
SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) SEMAKAN IBU BAPA |
|
IBU BAPA |
|
Semakan SAPS |
|
Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar | |
Sila gunakan pelayar internet Google Chrome untuk kelancaran penggunaan sistem SAPS | |
1. Sila klik pada judul pautan (link) Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar dalam ruangan diatas | |
2. Ibu bapa akan dibawa ke laman rasmi aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Seterusnya sila ikuti setiap langkah dan arahan penggunaan sistem tersebut. Ianya mudah sekali. | |
Paparan data keputusan ujian / markah, gred bagi peperiksaan terkini adalah mengikut jadual tugasan yang telah disediakan kepada guru, Ia bergantung kepada masa yang diambil oleh guru kelas dan guru mata pelajaran dalam membekalkan data keputusan peperiksaan ke dalam sistem SAPS. |