Semakan Status Penerima PRIHATIN Kasih: RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan
Cara Mohon Program Bakul Makanan 2021 RM100 dari JKM
Program bakul makanan RM100 telah dilancarkan oleh pihak JKM melalui Skim bantuan PERMAI 2021. Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan PKPB 3.0 yang lepas, kerajaan telah melaksana inisiatif ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik covid 19.
Untuk Makluman Program bakul makanan ini adalah bagi mereka yang tidak berkemampuan sahaja. Kami ingin berkongsi cara memohon bakul makanan dari JKM.
Tujuan Pemberian Bantuan
- Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
- Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
- Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.
Panduan mohon Program Bakul Makanan
Program Bakul Makanan JKM bernilai RM100 untuk setiap bakul yang diberikan kepada isi rumah yang layak adalah mengandungi semua barang keperluan harian yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia.
Permohonan Program Bakul Makanan JKM Secara Online
- Pergi Laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat, buka melalui computer atau handphone pun boleh. Nak senang buka dari komputer/laptop.
- Kemudian, cari borang permohonan Program Bakul Makanan harus dicari ataupun tekan link tersebut : Borang Program Bakul Makanan RM 100
- Sila isi borang tersebut perlulah dengan lengkap dengan memasukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan .
- Kemudian, borang tersebut dihantar kepada e-mel ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Lebih kurang 30 hari masa yang diambil supaya permohonan anda diproses oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Kalau tiada maklum balas, boleh follow up atau hubungi no Telefon : 03 – 8000 8000 (putrajaya punya).
Permohonan Program Bakul Makanan JKM Secara Off Line
- Sila ke cawangan JKM yang terdekat dengan anda.
- ATAU boleh call Pusat Talian Gerakan JKM untuk Memohon Program Bantuan Bakul Makanan.
- Sila sediakan dokumen yang diperlukan oleh pihak JKM. Dari segi kad pengenalan, yang pentinglah.
Senarai Cawangan JKM : https://www.jkm.gov.my/
Cawangan Wilayah Tengah
JKM SELANGOR : 03-55458570
JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL : 03-26124060
Cawangan Wilayah Selatan
JKM JOHOR : 07-2281450
JKM MELAKA : 06-2324670
JKM NEGERI SEMBILAN : 06-7659332
Cawangan Wilayah Utara
JKM PERAK : 05-2545505
JKM PULAI PINANG PENANG : 04-6505257
JKM KEDAH : 04-7001700
JKM PERLIS : 04-9731926
Cawangan Wilayah Pantai Timur
JKM PAHANG : 09-5650226
JKM TERENGGANU : 09-6301193
JKM KELANTAN : 09-7416925
Cawangan Wilayah Malaysia Timur (Borneo)
JKM SABAH / SARAWAK : 099-234-202
JKM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN : 087-424-961
Soalan Lazim
Apakah itu PRIHATIN Kasih?
Insentif di bawah PEMERKASA yang menyediakan bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan untuk yang layak.
Adakah saya layak?
Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.
Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?
RM100 sebulan selama 3 bulan untuk pembelian barangan asas.Bermula , Julai, Ogos dan September 2021.
Bilakah bayaran akan dibuat?
Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan.
Kami berharap perkongsian maklumat mengenai cara melamar bakul makanan JKM ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada urusan anda.
Sekiranya anda seorang ibu tunggal, daftarlah dengan JKM. Anda juga boleh mengikuti bagaimana ibu tunggal didaftarkan untuk mendapatkan bantuan. Di samping itu, ada bantuan untuk orang kurang upaya dan bantuan bulanan untuk warga tua.