Muat turun Surat Pelepasan Bekerja & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri ketika PKP & PKPB

sekatan jalan raya

Terbaru PKP 3.0: Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun 2021, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

4 Kategori yang dibenarkan Menggunakan Borang Permit Rentas Negeri

Pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan kepada 4 kategori individu sahaja iaitu:

  1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan.
    (CONTOH SITUASI: Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Pulau Pinang dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.)
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan.
    (CONTOH SITUASI : Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.)
  4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi / memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.

Individu yang dijadualkan menerima vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis untuk merentas daerah atau negeri bagi tujuan tersebut, menurut Khairy Jamaluddin.

“(Individu berkenaan) hanya perlu menunjukkan butiran janji temu yang dipaparkan menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS ketika melalui sekatan jalan raya.

“Tidak perlu memohon surat kebenaran rentas daerah serta negeri daripada pihak polis,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Khairy mengeluarkan kenyataan ini selepas Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata, individu yang perlu merentas daerah atau negeri bagi mendapatkan suntikan vaksin mesti mendapatkan surat kebenaran polis yang standard.

Ismail berkata demikian ketika mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi enam daerah di Selangor, seluruh Kelantan dan lima daerah di Kedah bermula 6 Mei ini.

Perjalanan rentas daerah dan negeri dilarang ketika PKP.

Terdahulu, Putrajaya menawarkan pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela dan kesemua 268,000 slot bagi penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor habis ditempah dalam tempoh kurang empat jam.

Di bawah ialah Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB / PKP yang digunakan sekiranya anda terdapat tugasan yang perlu dilakukan di pejabat atau di luar daerah / negeri.

CONTOH SURAT PELEPASAN BEKERJA PKPB/PKP. 

(Sila Gunakan Letter Head Syarikat)

Nama Penuh:
No K/P :
Tarikh :

Kepada Pihak yang Berkenaan,

Tuan/Puan,

PERKARA : SURAT KEBENARAN PELEPASAN PERJALANAN KEPADA PEKERJA BERTUGAS DALAM TEMPOH PKPB/PKP COVID-19

Merujuk perkara di atas dengan ini pihak majikan mengesahkan bahawa penama di atas adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di syarikat beralamat :

(_____Isikan alamat syarikat________)

  1. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap jasa baik pihak pertugas Covid-19 untuk memberikan kebenaran dan pelepasan kepada pembawa surat ini untuk melaporkan diri bekerja bagi tempoh PKP 2.0 ini dilaksanakan.
  2. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pegesahan, sila hubungi pegawai kami dari Jabatan Sumber Manusia seperti senarai nama dibawah

Nama HR & Nombor Telefon :

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Terima Kasih.

Yang Benar,

_______________________

(Cop & Nama Syarikat)

Nama :
Pengurus Bahagian Sumber Manusia

Muat turun Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB (doc file format) yang boleh anda edit ikut mana yang anda rasa perlu tukar, tukar.  Muat turun disini Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP/B

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini tentang SOP rentas daerah atau negeri, sila rujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di https://www.mkn.gov.my/.

credit to portalmalaysia.com

Enable Notifications OK No thanks