‘Rakyat pertama positif koronavirus stabil di wad pengasingan’
Walaupun kementerian kesihatan sudah bertungkus-lumus usahakan mengenai pencegahan virus koronavirus ini. Hari ini ada berita yang kurang menyenangkan. Seorang lelaki bujang berusia 41 tahun dari Selangor menjadi warganegara Malaysia pertama yang disahkan positif koronavirus.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Pergi singapura atas urusan business.
Menurutnya, lelaki itu kembali dari Singapura selepas berada di sana sejak 16 Jan hingga 23 Jan untuk lawatan kerja.
Pada 29 Jan, dia mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Dia kemudian diletakkan di wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif wabak itu, semalam.
Dzulkefly berkata, lelaki tersebut kini dalam keadaan stabil dan seluruh anggota keluarganya juga sedang dipantau. Prosedur mengenalpasti wabak tersebut melalui kenalan mereka (contact tracing procedure) turut dijalankan di Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, Dzulkefly mengumumkan kes kedua wabak itu melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Dia sedang dirawat di wad pengasingan di Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, pesakit mula mengalami demam biasa pada 23 Jan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
“Kes dimaklumkan kepada KKM dan beliau diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan untuk tempoh 14 hari.
“Pada 2 Feb 2020, demam masih berterusan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut. Ujian makmal positif 2019-nCoV pada 3 Feb, dan pesakit kini berada dalam wad isolasi dan dalam keadaan stabil,” katanya.
Dzulkefly berkata dengan pertambahan dua kes baharu positif itu, jumlah kes berkenaan yang dilaporkan sehingga hari ini adalah 10 kes, iaitu lima kes dalam kalangan Pesakit Dalam Siasatan (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima kes lagi dalam kalangan kontak rapat.
Daripada jumlah kes itu, sembilan kes adalah warganegara China dan seorang rakyat Malaysia.
“Jumlah kumulatif kes PUI dari 10 Jan hingga 3 Feb setakat enam petang adalah seramai 213 orang melibatkan 122 warganegara Malaysia, China (86), Australia (1), Republik Korea (1), Jordan (1), Brazil (1) dan Thailand (1),” katanya.
Ditanya mengenai status 34 warganegara Malaysia yang tidak turut serta dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan awal pagi ini, Dr Dzulkefly berkata beliau percaya Kementerian Luar akan mengambil tindakan sesuai berhubung perkara itu.
Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) digerakkan kerajaan Malaysia, membawa pulang 107 individu yang terkandas di wilayah Hubei, terdiri daripada 88 rakyat Malaysia dan 19 lagi adalah pasangan serta anak mereka yang bukan warganegara.
Pesawat khas itu, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.57 pagi ini.