Semakan Bantuan BPR tambahan RM 500 Pemerkasa JUN ini 2021

bantuan bpr rm500 pemerkasa
Kerajaan telah memperuntukkan RM1.2 bilion bagi membantu 2.4 juta penerima yang kehilangan punca pendapatan, menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam ucapan perutusan khas itu, bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada golongan B40, dan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
SYARAT KELAYAKAN

BPR fasa pertama dah settle, BPR fasa kedua pun dah settle. Cuma yang ada tak dapat kenalah buat rayuan. Juga yang cash(tiada bank akaun) boleh datang ke BSN berhampiran Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang bependapatan RM1,000 dan ke bawah. Penerima berumur 21 hingga 60 tahun. Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. 
Senang cerita, yang dapat gaji rm1000 sebulan dan ke bawah dan yang tiada carum kwsp, perkeso. Untuk beberapa bulan, tahun ini punya.
TARIKH BAYARAN
Bayaran RM500 PEMERKASA ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing
 

CARA PERMOHONAN

 
Untuk pengetahuan, bagi yang layak dapat bantuan ini, Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. Jadinya tiada borang diperlukan untuk isi dan juga tak perlu mohon apa-apa. Diaorang sendiri yang akan semak dan tengok ada dapat ke tak caruman, gaji masuk ke dalam bank. 
 

Bila akan dibayar??

 
Makluman akan dibuat apabila wang telah dikreditkan untuk semakan penerima.  Untuk info lanjut tentang semakan dan pembayaran, sila rujuk makluman yang yang akan dikemaskini oleh LHDN.
 
i) Layari laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my; atau
ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747
Enable Notifications OK No thanks