Pendapatan kasar Food Panda, berapa sebulan?

foodpanda,

Adakah korang tahu gaji sebenar pendapatan bagi mereka yang menjalankan perniagaan food panda ini? Tahun lepas ada kecoh sikit pasal ada sistem yang menindas mereka. Sebenarnya takdalah tindas sangat pun, masih boleh jer buat duit dengan Food Panda.

Walau ada kerja apapun, jangan kita malu walaupun kita ada master degree sekalipun, sebab ini punca rezeki kita. Ada banyak kerja online yang harus kita boleh buat duit zaman sekarang ini.

Bergantung kepada kerajinan anda. 

Betul , memang ianya bergantung kepada kerajinan anda dan kadang-kadang tuh customer yang buat hal pun ada juga. Bila dah order , tiba-tiba dia cancel order. Macam nak mencarut pun ada. Itu biasalah asam garam dalam dunia food panda nih. Ada rasa kemanisan dan kepahitan kadangkala tuh kita kena terima.

Ok ker kerja tetap? 

Pendapat aku tentang kerja sebagai penghantar makanan macam ni rasanya tak sesuai untuk dijadikan kerjaya tetap untuk (long term) jangka masa yang panjang. Tapi sekiranya untuk dijadikan pendapatan sampingan, bolehlah untuk anda korang jika berminat. Untuk yang masih belum terima apa-apa peluang pekerjaan selepas habis belajar boleh la jadikan ini kerja sementara anda. Jangan lama sangat mengganggur nanti duit pinjaman belajar tuh pun dah mula bayar, internet telepon korang guna pun nak kena bayar sendiri.

Epf dan socso kalau tak silap takda rasanya. So atas inisiatif sendiri jerla korang kalau nak buat. Benda ini penting untuk duit pencen anda. Bukan tak boleh untuk teruskan kerja macam ini. Kerja mana-mana semua ada risiko kan? Yang penting kita bijak cari duit tepi yang lain selain dari kerja foodpanda.

Pendaftaran untuk jadi rider Food Panda ni sangat-sangat mudah dan simple. Jika korang nak cuba jadi rider Food Panda macam saya korang boleh click sini dan isi borang. Dan nanti korang akan diberi pilihan untuk pilih no whatsapp Capten Food Panda kawasan pilihan anda. Kemudian korang boleh jumpa untuk buat pendaftaran dan praktikal tentang cara kerja sebagai rider Food Panda. Mudah jer kan.

Best tak jadi Foodpanda rider?
Best bila order banyak masuk sampai tak menang tangan dan tak best bila pishang tunggu order masuk. Saya buat Foodpanda area Subang sebab kawasan ni beroperasi 24 jam selain ramai customer. Ini bermakna orang Subang agak ‘malas’ nak keluar dari rumah dorang. Lapar je, boleh order online selain banyak food store dalam coverage Subang.
Macam mana Foodpanda rider bekerja? 
Agak susah juga nak explain benda ini. Dia ada system kan. Semua order customer akan masuk melalui applikasi khas. Maksudnya, semasa waktu bekerja..sistem akan menghantar order request secara automatik terus ke app. Bila dengar notifikasi berbunyi dan terus accept job tersebut dan bergegas ke vendor untuk pick up makanan. Then hantar makanan ke alamat customer.
Jangan risau semua alamat customer boleh access dengan google map atau waze. BBL guna google map je senang. Coverage penghantaran adalah dalam 5km je. Kadang-kadang dekat je jarak dari vendor ke rumah/pejabat customer. Biasanya jarang order jauh-jauh dalam ping.
Boleh ke buat part time?

Lagi soalan popular orang tanya. Foodpanda ada applikasi khas untuk jadual kerja. Jadual akan keluar setiap hari Rabu, means korang boleh book shift mana nak kerja seminggu awal. Waktu ni pilih la nak kerja hari apa, pukul berapa, berapa jam dalam app tu. Macam gambar bawah ni.

Kalu rasa rajin boleh amik dua shift berturut atau boleh split dua shift. Contoh pagi amik shift 3 jam pastu malam amik shift 4 jam. Tengahari balik rehat kemudian sambung balik kerja. Sangat flexible waktu kerja. Terpulang pada kerajinan korang nak buat Foodpanda. Nak duit lebih, amik la shift banyak sikit. Ada je rider amik shift 10 jam sehari.
Nak buat part time pun boleh, full time pun boleh. Check roaster je, kalu kebetulan hari ni korang free dan rasa nak buat panda..check shift available tak then terus grab shift. Senang je sebab semua pakai applikasi.
Gaji macam mana pulak..
Setiap 1 jam Foodpanda bayar RM5.00 & RM6.00 pada weekend. Ni basic payment. Lepas 3 bulan bekerja, gaji akan naik sejam RM6.00 & RM7.00 weekend. Bila dah 6 bulan kerja gaji naik RM7.50 sejam & RM8.50 pada weekend. Manakala 1 trip delivery hantar makanan akan dapat tip RM3.00. Dalam masa sejam mungkin boleh dapat 4  order bergantung kepada permintaan order dalam kawasan tersebut.

Ada rider buat partime Jumaat, Sabtu & Ahad dapat income lebih kurang RM250.00 plus. So dapat la duit sementara tunggu gaji hujung bulan kan. Yang bestnya..Foodpanda bayar gaji secara mingguan. Setiap hari Rabu akan dapat gaji (guna Bank CIMB), bank lain macam Maybank, Public Bank dapat gaji hari Khamis. Kalu sengkek tengah bulan, buat panda ada la duit belanja makan. Kadang-kadang tak merasa seminggu sebab masa berlalu cepat..tut tut gaji dah dapat. Tu la benefit kerja panda.

Sekarang cuma KL & Selangor je ada skema pembayaran gaji (gaji sejam + per order). Lokasi lain seluruh Malaysia guna skema gaji bawah.

Pengalaman dan income food panda rakan media.

Korang boleh tengok video dibawah ini.


Foodpanda walker pun ada beb.

Pengalama brader ini dengan food panda seminggu ,

Untung ke jadi foodpanda masa pkp nih??

Gaji boleh dapat kasar secara purata ialah rm2000.00 lebih. bergantung kepada kepadatan tempat dan kemalasan orang nak masak tuh. Kalau kat kampung-kampung mungkin permintaan kurang. Tetapi kalau dibandar-bandar besar tuh memamng confirm ramai.

Kisah mistik panda rider nih.

Leave a Reply

Enable Notifications OK No thanks