Permohonan Baru dan Semak Status Pengeluaran RM5,000 -Icitra
Ramai yang masih keliru dan belum pasti bagaimana untuk memohon pengeluaran KWSP i-Citra berjumlah RM5,000 yang diumumkan Perdana Menteri tempoh hari. Dan ramai juga masih belum faham bagaimana ianya berfungsi.
Jadi KWSP menerusi portal rasmi i-Citra telah menjawab beberapa persoalan anda.
Bayaran KWSP i-Citra
Perlu diingatkan bayaran i-Citra bukanlah bayaran RM5,000 sekali gus. Ianya berperingkat-peringkat. Sama juga macam, i-Lestari dan juga i-Sinar.
Ianya merupakan bayaran RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan ianya bergantung kepada baki akaun simpanan ahli (minimum RM50).
Menggunakan akaun 2, tak cukup dia akan ambil akaun 1.
Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dari akaun 2 terlebih dahulu. Dia akan tengok ada berapa jumlah akaun 2 itu, sekiranya tidak mencukupi barulah simpanan akaun 1 akan digunakan.
Berikut adalah contoh situasi pengeluaran iCitra, ada tiga situasi yang kita boleh simpulkan.
Situasi 1
Situasi 2
Situasi 3
Siapakah Yang Layak Memohon?
Anda layak memohon pengeluaran i-Citra sekiranya memenuhi dua syarat di bawah:
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
- Mempunyai jumlah simpanan paing sikit ialah RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Sekiranya anda anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen, anda masih layak memohon i-Citra.
Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak. Lebih baik jangan, kalau tak terdesak untuk menggunakannya ok.
Jumlah Had Pengeluaran
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
Permohonan Pengeluaran iCitra
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 melalui pautan icitra.kwsp.gov.my.
Bagaimanapun, portal ini hanya boleh memohon pada 15 Julai 2021. Sekarang dah boleh akses, cuma takda apa-apa. Melopong jerla kalau korang tengok nanti. Sabar ok.
Tarikh Bayaran
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021 (awal bulan).
Semakan Jumlah Simpanan KWSP
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih i-Akaun (muat turun di google play, app store)
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
Soalan Lazim
1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Ini hasil perbincangan bersama rakyat dan menteri kewangan. Tengku Zafrul pun dah sedia maklum, memang ramai yang terbeban.
2. Siapakah yang layak memohon?
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?
Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
-
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
5. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?
Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
6. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
7. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 (last day permohonan).
8. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
9. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.
10. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
11. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra. Rujuk kelayakan memohon di soalan 2.
12. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih i-Akaun
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
13. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848