Permohonan Kolej Komuniti secara online 2021/2021

PERMOHONAN KOLEJ KOMUNITI SECARA ONLINE

 

Isi Borang Permohonan Kolej Komuniti Sesi Mac, Jun Dan Disember 2021

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti 2021 Online.

Panduan ini adalah buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti.

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Kolej Komuniti Sesi Mac, Jun Dan Disember 2021 yang memaparkan maklumat pautan borang, tarikh penting dan cara memohon.

Untuk makluman semua , bermula dari Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula digunakan bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik. Permohonan untuk kemasukan sesi Julai ke Universiti Awam (UA), IPG, Matrikulasi, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti bagi sesi akademik 2021/2022 untuk lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf boleh dibuat melalui permohonan UPUonline bermula dari tarikh Februari 2021 hingga Mac 2021.

Cara Mohon Kemasukan Ke Kolej Komuniti Tahun  2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti ambilan tahun 2021 buat rujukan pemohon. Terdapat 4 program pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu:

  1. Sijil Kolej Komuniti (T)
  2. Diploma Kolej Komuniti (DKK)
  3. Sijil Kolej Komuniti (M)
  4. Sijil Kolej Komuniti (P)

Kursus pendek juga ada ditempatkan dalam tawaran di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat.m

Syarat Kemasukan (minimum) Ke Kolej Komuniti

Berikut adalah syarat umum kemasukan :-

  1. a) Diploma
  2. Lulusan Sijil Kolej Komuniti

Lulusan SPM : Lulus SPM dengan 3 kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

  1. b) Sijil Kolej Komuniti

Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)

Permohonan Kolej Komuniti Online Sesi Mac, Jun Dan Disember  2021

Terdapat tiga kaedah untuk membuat permohonan menjadi pelajar sepenuh masa Kolej Komuniti seperti berikut untuk sesi kemasukan Mac, Jun dan Disember 2020:-

  1. Permohonan melalui UPU Online (Sesi Jun)

Untuk sesi Julai. Iklan kemasukan permohonan biasanya dikeluarkan di akhbar utama tempatan pada awal Februari setiap tahun. Tempoh membuat permohonan adalah dari 24 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020 (SPM) / 7 April 2020 (STPM/Setaraf) melalui Permohonan UPU online.

Pemohon adalah perlu untuk membeli nombor PIN unik UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional

sebelum melayari laman sesawang UPU di http://upu.mohe.gov.my/

  1. Permohonan Melalui e-pengambilan Kolej Komuniti Online (Sesi I) 2021/2022

Untuk maklumat semua, pada tahun lepas permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti bagi sesi I 2021/2022 adalah bermula pada 9 April 2021 hingga 2 Julai 2021.

Permohonan adalah bagi kemasukan program seperti berikut:

  • Sijil Kolej Komuniti
  • Sijil Kemahiran Khas (ketidakupayaan pendengaran) Politeknik
  • Pra Diploma Politeknik
  • Diploma Politeknik
  • Diploma Kolej Komuniti

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti melalui pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my

Bagi calon-calon yang telah menerima Pra-Tawaran Sesi Disember 2020-21, anda boleh mula melakukan persetujuan dan cetakan surat tawaran bermula pada 6 Ogos 2020. Bagi tahun 2021 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

Kemasukan ke Kolej Komuniti, sila hubungi @ Kolej Komuniti HQ di talian 03-8888 3837 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang) untuk maklumat lanjut.

iii. Hadir Ke Kolej Komuniti (walk-in)

Pemohon boleh datang ke Kolej Komuniti untuk memohon. Senarai lokasi dan alam Kolej Komuniti di Malaysia boleh dirujuk di Kolej Komuniti Malaysia

Permohonan Online dan Walk in ke Politeknik dan Kolej  Komuniti

Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2020 dibuka 7 September sehingga 16 Oktober 2021. Permohonan melalui ambilan.mypolycc.edu.my dan semakan pada hari yang akan dikemaskini.

Semakan Keputusan Kolej Komuniti Online

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengetahui/ membuat semakan keputusan Kolej Komuniti sesi Mac, Julai dan Disember 2021 melalui kaedah berikut :-

  1. Laman Web UPU (Untuk sesi Julai) dan JPKK.
  2. Talian bebas tol: 1800 88 7755
  3. Menghubungi kolej komuniti yang berdekatan

Semakan Keputusan ke Kolej Komuniti boleh dirujuk di maklumat berikut :-

  1. Ambilan I 2021 : boleh disemak pada (Sabtu atau Ahad)
  2. Sesi Julai 202 : Akan dikemaskini (Tarikh permohonan UPU 2020)
  3. Sesi Disember 2020 : Setiap hari Khamis selepas jam 6 petang (akan dikemaskini)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat di bawah:

Sebarang pertanyaan melibatkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (kursus-kursus pendek) boleh

dirujuk di laman sesawang:

http://www.mypolycc.edu.my/ (termasuk takwim kursus pendek)

Untuk maklumat lanjut sesi Julai, pemohon boleh merujuk di

Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar:

http://upu.moe.gov.my/

Facebook Rasmi BPKP JPT:

https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/

Talian helpline UPU:

03-88708200 (waktu bekerja dari jam 8.00 a.m. hingga 5.00 p.m.)

Selamat membuat Permohonan. Semoga permohonan anda untuk menyambung pengajian tercapai. Sila isi borang dengan cermat, dan pastikan semak terlebih dahulu sebelum tekan butang submit tuh.  Print screen terlebih dahulu dan semak tengok ada salah tak. ok!

Enable Notifications OK No thanks