Skip to content
INFO TERKINI ANDA

zik.my

  • About Us
    • Contact us:
  • DMCA
    • Disclaimer
  • Sitemap

Cara nak daftar, kemaskini bantuan prihatin rakyat 2021

January 24, 2021
BPR

bantuan prihatin rakyat 2020

Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR) yang dibentangkan parlimen oleh menteri kewangan Tan Sri Zafrul yang telah lulus mendapat majoriti pada tahun lepas bagi bajet 2021, menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat iaitu BSH. Ianya ditambah baik dari segi kategori dan juga jumlah bantuan.

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan tersebut adalah;

  • Ianya memanfaatkan 8.1 juta orang.
  • Jumlah peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.

Jumlah Bayaran BPR 2021

Jumlah bantuan pula adalah seperti berikut:

GOLONGAN JUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG) RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG) RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG) RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
(BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS)
RM350

Tarikh kemaskini.

BPR sudah boleh di kemaskini atau daftar bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021. Harapnya ada masa untuk buat kemaskini. Kalau boleh buat waktu malam ke atau pagi-pagi sebab waktu tuh orang tak ramai online.  Jangan buat last minit atau mula-mula, takut server dah jammed. Take ur time, tetapi jangan silap isi pula ya.

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Pembayaran akan dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri 2021 lebih kurang pada 4 atau 5 tahun ini 2021. Harap bersabarlah. Untuk tahun ini bpn 2.0 dah settle. Kita tak pasti adakah akan ada lagi bantuan dari kerajaan dalam menghadapi ekonomi yang mencabar ini.  Apepun kita kena terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan masalah rakyat. Namun kita juga tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata. Kita pun kena usaha juga tuh. Memanglah tanggungjawab kerajaan untuk beri yang terbaik bagi rakyat yang betul-betul memerlukan kewangan dan bantuan.

Syarat & Kriteria Kelayakan BPR 2021

KATEGORI KELAYAKAN

Dia dibahagikan kepada beberapa kategori. Untuk yang ada isi rumah, kahwin , ada anak , belum ada anak,  bujang umur dia dan adalah potion-potion dia tuh.

Kategori kelayakan bagi pemohon BPR 2021 adalah seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
    • Bujang (termasuk OKU) berumur 60 tahun ke atas
  2. Bujang
    • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak; dan
    • Had umur:
      • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
      • 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

KRITERIA KELAYAKAN

Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • a) Pemohon
      • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
      • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
    • b) Pasangan
      • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
      • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
      • Anak (jika mempunyai anak)
        • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
        • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan
          Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
      • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
      • Had umur:
        • 17 tahun dan ke bawah; atau
        • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
  2. Bujang
    • Pemohon
      • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
      • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
      • Lelaki atau wanita yang berumur
      • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
      • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kadar Bantuan.

Kadar bantuan yang diterima adalah seperti berikut:

bpr 2021

Isi rumah gaji campur suami isteri, bawah rm 2500 , rm 2500- rm 4,000.00

1. Kategori Isi Rumah: Pendapatan Bawah RM2500
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diperuntukkan sebanyak RM 1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dengan satu orang anak.

Bagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih, kadar bantuan BPR 2021 ialah sebanyak RM1,800.

2. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bayaran BPR yang akan diterima bagi isi rumah berpendapatan RM 2,501- RM 4,000 dengan satu anak ialah RM 800.

Manakala kadar bantuan RM 1,200 diberikan untuk isi rumah dengan dua anak atau lebih.

3. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bantuan berjumlah RM 500 diperuntukkan bagi isi rumah berpendapatan RM 4,001- RM 5,000 dengan satu anak.

Manakala jumlah bayaran berjumlah RM 750 diperuntukkan bagi kategori isi rumah dengan dua anak atau lebih.

4. Kategori Bujang: Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
Akhir sekali, kategori BPR bujang akan menerima RM 350 bagi yang layak, iaitu mereka yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah.

 

Cara Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Permohonan boleh dibuat dengan melayari: https://bpr.hasil.gov.my

Bagi penerima BSH dan BPN 2.0, anda cuma perlu membuat kemaskini sahaja. Caranya adalah dengan login ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.

Password dan username adalah sama menggunakan data dari bsh.hasil.gov.my. Kalau tak pasti passwordnya atau lupa. Korang boleh tekan butang lupa/reset password. Kena ingat soalan sekuriti tuh. 3 Soalan kena betul. Kalau salah, alamat kena blocklah jawabnya.

Baca juga : Akaun BPR saya kena block, apakah solutionnya? 

 

A. Cara Membuat Permohonan Baru BPR 2021 & Kemaskini Online:

  1. Sila layari laman web https://bpr.hasil.gov.my
  2. Anda perlu log in menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan semasa mendaftar BSH.
  3. Untuk Permohonan Baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk log masuk.

*Anda juga boleh membuat permohonan melalui aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

Secara online.

 

bpr first login

Login bpr macam biasa diatas.

Masukkan no kad pengenalan anda tanpa dash – . contoh 750123015487 bukan 750123-01-5487. Direct terus.

Tekan butang semak.

Isikan semua maklumat yang diminta pada borang permohonan anda. Semasa memasukkan no mykad, klik semak untuk mengetahui jika maklumat anda terdapat pada data BPR atau tidak.

 

bpr login 2021

Masukkan no kad pengenalan, nama, umur, jantina, no telepon rumah (kalau ada), no telepon bimbit yang aktif. Pekerjaaan, swasta atau kakitangan kerajaan.  Pendapatan kasar bulanan isi rumah, campur pasangan. dari bawah RM 2,500 ke atas.

bpr

Untuk update borang kali ini kena ada akaun email. Sebab email kali ini senang untuk reset password kalau terlupa password. Sebab untuk update yang lepas. Ramai yang lupa password, so kita boleh reset terus ke email masing-masing untuk proses recovery password yang baru. Kira macam sistem yang lain.

Sebelum ini yang lupa password nak kena call lhdn, nak reset password tuh kena jawab beberapa soalan.

 

bpr dokumen

Dokumen sokongan.

Yang ini korang kena upload dalam tiga bentuk format iaitu JPEG, PNG, JPG, DAN PDF File format sahaja yang   dibenarkan dalam permohonan  BPR 2021,  dokumen yang perlu dikemukakan sebagai bukti dan rujukan pihak LHDN, antara DOKUMEN SOKONGAN adalah seperti berikut:

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

1. Pemohon:

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

2. Pasangan:

a) Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau

b) Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

3 . Anak:

a) Anak Kandung

  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Lahir

b) Anak Angkat

  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

bpr

Kemudian isikan maklumat wakil jika mempunyai wakil, dan letak tiada wakil jika tidak ada.

Pengesahan.

Tekan butang hantar untuk hantar segala apa yang telah anda tulis tuh. Sebelum tekan butang hantar kena pastikan semula semua apa yang kita tulis adalah betul dari segi no akaun, alamat pasangan.

bpr

Sahkan catphcha, dia akan keluar perakuan seperti diatas ini. Tekan tick  dia akan proceed ke process seterusnya iaitu hantar borang.

bpr

Tekan butang hantar.

bpr

Ini adalah proses terakhir , boleh tekan butang cetak untuk print apa yang telah kita kemaskini.

B. Cara mohon BPR 2021 / Kemaskini Secara Manual (Permohonan Melalui Borang)

Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di bawah ini)
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:

  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BPR,
GPO Shah Alam,
40800 Selangor

*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

 

MUAT TURUN: Borang Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Disini.

  • Borang Permohonan BPR 2021
  • Borang Serahan Dokumen BPR 2021
  • Borang Kemas Kini Maklumat Asas BPR 2021
  • Borang Pembatalan Permohonan BPR 2021

Borang ini adalah percuma , dia tak dijual. kalau ada orang jual, maknanya kau kena scam lah jawabnya. Ok download atas tuh ya.

Digalakkan untuk kemaskini atau daftar baru borang bpr ini secara online untuk elakkan jangkitan covid 19 yang sedang tular di seluruh dunia ini.  Cuma memanglah sekarang ini server agak jammed sebab ramai yang duduk dirumah kita dalam pkp.

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  3. Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Lahir
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Tarikh Akhir Permohonan BPR 2021 / Kemaskini Maklumat

Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Semakan Status BPR 2021

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR:
  3. Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  4. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    • (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. MoF: 03-8882 4565 / 4566
    • (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  6. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Maklumat Lanjut

  • Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • E-mel: bpr@treasury.gov.my

*Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Prihatin Rakyat di bawah untuk maklumat lanjut.

1. Siapakah yang perlu membuat Permohonan BPR 2021?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti
berikut:
i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta
pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai
penerima e-bantuan JKM

NOTA: Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat
secara automatik berdasarkan data di JKM

2. Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini.
Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021
sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan
tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas
kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan
permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu
membuat permohonan baharu.

3. Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BPR 2021
sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BPR
2021?

Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BPR
2021 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu
berdasarkan data BSH 2020 atau BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021
adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

4. Saya telah diluluskan BSH 2020 dan BPN 2.0 dengan status Ibu
Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu
untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan
dokumen sokongan?

Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada
perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BSH 2020 dan
BPN 2.0, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini kerana
pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui
sistem.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang
lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu
dibuat.

5. Semasa permohonan BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, saya telah
kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah
saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BPR 2021?

Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada
perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan
semasa BPR 2021.

6. Adakah semua penerima e-bantuan JKM tidak perlu mendaftar BPR
2021?

Penerima e-bantuan yang berdaftar dengan e-bantuan JKM sebelum
atau pada bulan November 2020 tidak perlu mendaftar bagi
permohonan BPR 2021. Perincian penerima e-bantuan yang terlibat
adalah seperti berikut:
i. Elaun Pekerja Cacat
ii. Bantuan Penjagaan OKU
iii. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
iv. Bantuan Orang Tua

7. Saya adalah OKU yang berdaftar dengan JKM tetapi bukan
penerima e-bantuan. Adakah saya perlu membuat permohonan
BPR 2021?

Ya. Anda perlu membuat permohonan BPR 2021 kerana tidak tergolong
sebagai Penerima e-bantuan.

8. Bolehkah saya membuat salinan Borang Permohonan BPR 2021
bagi pengisian borang dan adakah terdapat apa-apa caj yang
dikenakan semasa pengisian Borang BPR 2021?

Ya. Anda boleh membuat salinan Borang BPR 2021 dan tiada apa-apa
caj yang dikenakan semasa pengisian Borang BPR 2021

9. Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi
maklumat akaun bank. Jika saya tidak mempunyai maklumat akaun
bank, bagaimanakah saya perlu menghantar Permohonan BPR
2021?

Anda boleh menghantar permohonan BPR 2021 dengan
mengemukakan Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) ke Cawangan
LHDNM berhampiran.

10. Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi
maklumat alamat e-mel.
Apakah kegunaan alamat e-mel berkenaan?

Anda perlu mendaftarkan alamat e-mel yang sah semasa permohonan
BPR 2021 kerana alamat e-mel berkenaan akan digunakan untuk situasi
berikut:
i. Set semula akaun BPR disebabkan terlupa soalan keselamatan
semasa log masuk
ii. Penyampaian makluman BPR 2021

11. Saya telah menghantar permohonan BPR 2021 secara dalam talian.
Walau bagaimanapun terdapat mesej peringatan yang
memaklumkan supaya memuatnaik dokumen sokongan atau
menghantar ke cawangan LHDNM.
Bagaimanakah cara untuk saya
kemukakan dokumen sokongan berkenaan ke cawangan LHDNM?

Anda digalakkan untuk memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan
ke Portal Rasmi BPR semasa permohonan.

Sekiranya anda ingin menghantar ke Cawangan LHDNM, anda perlu
mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi

Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) yang diperolehi
di Cawangan LHDNM atau dimuat turun dari Portal Rasmi BPR.

Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Penyerahan
dokumen berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara
faks dan e-mel adalah tidak diterima.

12. Saya telah menghantar permohonan BPR 2021. Sekiranya ada
perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas
kini permohonan?

Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan
BPR 2021.

13. Saya telah menghantar Borang Permohonan BPR 2021 ke
cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula
permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya
Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke cawangan / PKH /
UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BPR selanjutnya perlu
dikemukakan ke cawangan / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) semula.

14. Borang Permohonan BPR 2021 mengandungi 2 maklumat akaun
bank yang perlu diisi iaitu pada Bahagian Pemohon dan Bahagian
Pasangan. Jika saya lulus BPR 2021, bayaran BPR 2021 akan
dibuat kepada saya atau pasangan saya?

Ruangan maklumat akaun bank diwujudkan bagi Pemohon dan
Pasangan. Walau bagaimanapun, jika permohonan BPR 2021
diluluskan, mekanisme pembayaran adalah seperti berikut:

i. Bayaran kepada pemohon sekiranya:
a) Pemohon melaporkan akaun bank dan status pembayaran
BPR 2021 berjaya kredit.

b) Pemohon dan pasangan tidak melaporkan maklumat akaun
bank
ii. Bayaran kepada Pasangan (lapor akaun bank) sekiranya:
a) Pemohon tidak melaporkan akaun bank
b) Pemohon melaporkan akaun bank tetapi status pembayaran
BPR 2021 gagal kredit.

15. Saya berkahwin di luar negara dan mempunyai sijil perkahwinan
yang sah dari negara tersebut, adakah saya layak memohon BPR
2021 kategori isi rumah dan apakah dokumen yang diperlukan?

Tidak. Anda tidak layak memohon di bawah kategori isi rumah kecuali
anda telah mendaftar perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Namun sekiranya anda mempunyai anak, anda layak memohon BPR
2021 dengan mengemukakan Sijil Lahir Anak yang berdaftar di JPN
sebagai bukti perkahwinan

16. Saya berstatus Ibu Tunggal yang berumur 50 tahun dan
mempunyai seorang anak berumur 21 tahun yang tidak bekerja dan
pelajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon BPR 2021
dengan meletakkan anak saya dalam maklumat Permohonan BPR
2021 saya?

Anak berkenaan boleh didaftarkan di Permohonan BPR 2021 anda
sekiranya menepati syarat kelayakan Anak [Rujuk Jawapan bagi soalan
2 (Syarat kelayakan Anak)].
Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh
memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa
Tunggal tiada anak [Rujuk Jawapan bagi soalan 2 (Syarat kelayakan
Kategori Bujang).

Baca juga kemaskini bpr (bantuan prihatin rakyat 2021. ) 

Tag: borang bpr pdf file format 2021, bpr, bpr borang online, bpr login, cara daftar bpr secara online bpr secara online, pendaftaran bpr online 2021, semakan bpr 2021

Author: zikri

You may also like

May 5, 2021

BPR FASA 2 DIBAYAR MULAI 7 MEI 2021-Berperingkat Semak kelayakan di Bpr.hasil.gov.my

October 29, 2025

Panduan permohonan(pendaftaran) rumah mesra rakyat 2026

November 23, 2021

Pembayaran BKC fasa kedua pada 25 november 2021,

No comments! Be the first commenter?

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Post navigation

Previous post

Mengapa banjir kerap..

Next post

Macam mana bola..

Theme: Blog Eye Pro by wpthemespace.com.

Enable Notifications OK No thanks