Doa selepas solat terawikh RUMI

doa,

Berikut adalah doa yang selalu orang amalkan selepas kita menunaikan ibadah solat terawikh 8 rakaat, atau 20 rakaat.

Doa Selepas Solat Terawih

Selepas selesai salam rakaat kelapan/dua puluh , terdapat doa yang boleh diamalkan di akhir solat terawih. Anda juga boleh membaca wirid ikut kemampuan masing-masing , selepas habis mengerjakan solat ini.

Maksud Doa.

Ya Allah jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, menunaikan segala kewajiban, memelihara solat, menunaikan zakat, mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharap pengampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan pentunjuk-pentunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewengan, zuhud di dunia dan gemira di akhirat, meredhai ketentuan Qada’, mensyukuri segala nikmat-Mu, sabar terhadap musibah.

Dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji junjungan kami Nabi Muhammad saw, dapat melalui telaga kausar (yang sejuk), dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas singgahsana kemuliaan, didampingi bidadari syurga dengan berpakaian baju kebesaran daripada sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi dari mata air yang sentiasa mengalir. Bersama orang-orang yang telah Kau berikan nikmat pada mereka, iaitu daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan beruntung sekali mereka akan menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui.

Ya Allah jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkati ini, tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Kau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya.

Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya pada penghulu kami Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Berkat rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan segala puji bagi Allah Tuhan pemelihara semesta alam.

Enable Notifications OK No thanks