Menurut sumber yang boleh dipercayai, GKP 4.0 akan menyusul pada bulan june ini, bulan hadapan. Untuk makluman kepada yang penerima BPR fasa kedua yang dapat GKP tidak layak untuk dapat BPR fasa kedua. Itu diakui memang ramai yang terkesan sebab diaorang guna modal gkp ini untuk niaga. Manakala BPR ini digunakan untuk keperluan harian. Fasa kedua hari tuh dah dekat nak raya, memang ramai yang nak pakai duit.
Apepun tengok kenyataan dibawah ini dari gkp punya website ada menyatakan sekian-sekian dari segi tarikh dapat bantuan dan juga rayuan.
-
Sekiranya status pembayaran GKP Tambahan (PERMAI) adalah Gagal Kredit, sila kemas kini maklumat AKAUN BANK di Menu Kemas Kini Akaun Bank pada Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) mulai 5 Mei 2021 sehingga 19 Mei 2021.
-
Sila pastikan maklumat Akaun bank yang dikemaskini adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.
-
Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP Tambahan (PERMAI) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.
-
Bagi penerima GKP Tambahan (PERMAI) yang berstatus Gagal Kredit, pembayaran semula akan dilakukan mulai 20 April 2021. Pembayaran ini akan dikreditkan ke maklumat akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP.
-
Pemohon boleh menyemak status kelayakan GKP Tambahan mulai 24 Mac 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my)
-
Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan dibuat mulai 25 Mac 2021.
-
Tempoh permohonan baharu GKP 3.0 telah ditutup. Tarikh mula semakan kelulusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.