Muat Turun Format Baharu SPM Bahasa Inggeris Mulai 2021, CEFR
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.
Format Baharu SPM dan UPBA Mulai Tahun 2021 – Bahasa Inggeris. Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Empat, pada tahun ini.
Oleh yang demikian, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020.
Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai.
Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris yang Dijajarkan Kepada CEFR yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Buku format pentaksiran ini diterbitkan bertujuan untuk mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan.
Muat Turun : Buku Format Pentaksiran Bahasa SPM Bahasa Inggeris 2021