Nota Kata Kunci Kemahiran Berfikir aras tinggi (KBAT)
Kata Kunci Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini adalah berdasarkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Tahap pemikiran yang digambarkan dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson seperti dalam Jadual 1 menunjukkan tahap pemikiran meningkat dari aras mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai hingga mencipta.
Tahap Pemikiran
Mencipta
Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif
Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi
Menganalisis.
Kemahiran berfikir aras tinggi diterapkan kepada murid melalui soalan aras tinggi. Guru hendaklah memperbanyakkan soalan aras tinggi dalam aktiviti PdP.
Menurut Art Costa dan Bena Kallick (Arthur L.Costa and Bena Kallick, 2000), soalan yang berkesan perlu mempunyai ciri yang berikut:
1. Bermatlamat ditanya untuk mencapai tujuan tertentu
2. Dinyatakan dengan jelas murid memahami apa yang dimaksudkan
3. Ringkas
Dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin
4. Memprovokasi pemikiran
Merangsang pemikiran dan tindak balas
5. Menyoal siasat
Melibatkan soalan yang membawa kepada penyoalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam
6. Skop terhad
Soalan yang mempunyai banyak bahagian boleh mengelirukan
7. Disesuaikan dengan tahap murid sesuai dan berbeza-beza
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/kbat/1334-elemen-kbat-dalam-sumber/file