Kenapa lebah ,tebuan dan penyengat mati apabila menyengat ?
Lebah adalah satu serangga yang mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk mempertahankan diri (menyengat) namun ada kelemahannya sendiri iaitu dia akan mati sejurus melepaskan sengatan kepada mangsa yang membuat onar sengaja atau tidak. Penulis juga pernah kena banyak kali sebab tak tahu itu rumah dia, masa tengah berjalan , membawa motor pun pernah kena sengat tebuan ini.
Kenapa dia akan mati sejurus menyengat ?
Sebab apabila ia menyengat darah dalam badan haiwan ini akan keluar dan ianya mengeluarkan racun dalam badannya untuk dipindahkan kepada mangsa yang kena sengat itu.
“Sengatan tebuan ia menghasilkan racun, iaitu bersifat alkali dan bisa berkenaan boleh menyerang sistem pertahanan badan hingga berlaku kesan tindak balas pada tubuh mangsa atau dipanggil renjatan anafilaksis.,” katanya.
Beliau berkata, kesan tindak balas renjatan anafilaksis menyebabkan tangan, kaki atau bahagian yang disengat membengkak boleh membawa kepada komplikasi kesihatan.
Anafilaksis dikategorikan sebagai renjatan kecemasan kesan reaksi alahan paling serius. Kesannya boleh berlaku dalam tempoh serta-merta hingga 72 jam dengan gejala sangat teruk dan pantas.
“Tindak balas alahan ini berlaku di luar jangkaan, berbeza mengikut peringkat usia, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa,” katanya.