Lebih 70 ribu guru telah terima suntikan vaksin dos pertama-dr radzi jidin

dr radzi jidin

Dalam sidang media pendidikan juga tadi, Dr Radzi Jidin sudah memaklumkan kepada media bahawa, lebih kurang 70,000 petugas guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Sasar agar suntikan untuk guru dicepatkan. 

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin, pihak KPM menyasarkan peningkatan berterusan imunisasi dalam kalangan guru akan terus dilaksanakan. Tindakan ini untuk depani risiko pandemik dan memastikan keselamatan para pelajar terus terjamin. Ini penting sebab guru juga terdedah dengan risiko berdepan dengan virus covid 19 . Kena menghadap pelajar lagi, setiap hari kalau waktu sekolah lah.

Memandangkan sudah umum PdPR sepatutnya kena siap sedia bantuan kepada murid-murid untuk belajar dalam talian dari segi gajet dan juga capaian internet kena seiring jugalah. Difahamkan bantuan laptop sudah diberikan bagi mereka yang layak terima bantuan.

KPM mengharapkan sasaran imuniti dalam kalangan guru ini dapat dicapai sementara sekolah masih tidak dibuka sehingga akhir Julai ini.

Enable Notifications OK No thanks