Nota Tatabahasa Bahasa Melayu

poster tatabahasa

Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:

  • Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
  • Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.pendapat

Apa itu tatabahasa?

Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiridaripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna,digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.

Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk danselanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa danayat.Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu caraperkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi satu ayat. Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang caraperkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan apitan,manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek danpredikat serta pola ayat. 

Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenalisebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis.Denganperkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu morfologi dan sintaksis.MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata,dan penggolongan kata. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa,sama ada berbentuk tunggal atau dihasilkan melalui beberapa prosespembentukan kata seperti pengimbuhan dan penggandaan.Contoh: bentuk kata tunggal – lancar, pengimbuhan –pelancaran, pemajmukan – papan tanda, penggandaan – buku-buku. 

Dibawah ini ada nota yang lengkap mengenai tatabahasa.

 

NOTA LENGKAP TATABAHASA:

MODUL 1- KATA GANTI NAMA DIRI

MODUL 2 – KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

MODUL 3 – KATA BILANGAN

MODUL 4 – KATA PENGUAT

MODUL 5 – DARJAH PENGHABISAN

MODUL 6 – KATA NAFI

MODUL 7 – KATA PEMERI

MODUL 8 -KATA PERINTAH

MODUL 9 – KATA MAJMUK

MODUL 10 – KATA PARTIKEL

MODUL 11- KESILAPAN EJAAN (KATA)

MODUL 12 – KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)

MODUL 13 – KESILAPAN EJAAN (IMBUHAN PINJAMAN)

——————————————————————————————————————————

TOPIK 1 – AYAT TUNGGAL

TOPIK 2 – SUSUNAN AYAT SONGSANG

TOPIK 3 – AYAT PASIF

TOPIK 4 – KATA MAJMUK

TOPIK 5 – IMBUHAN ‘meN-…-kan’ DAN ‘meN-…-i’

TOPIK 6 – KATA BANTU

TOPIK 7 – KATA ADJEKTIF

TOPIK 8 – FUNGSI -NYA DALAM AYATdoc

TOPIK 9 – KATA KERJA

TOPIK 10 – PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

TOPIK 11- KESALAHAN STRUKTUR AYAT

 

NOTA TATABAHASA BAHASA MELAYU

NOTA TATABAHASA 

 

credit to lamanbahasa.com

Enable Notifications OK No thanks