Kerajaan Tawar E-tunai (ewallet) Rm 100 – PMX
Bantuan E-Tunai diberikan kepada yang layak bernilai Rm 100.00. Itu antara yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim hari ini dalam Ucapan Ekonomi Madani, Memperkasa Rakyat, di suruhanjaya Sekuriti Malaysia .
Kalau sebelum ini dalam Bajet 2023, ada termasuk bantuan E Tunai diberikan kepada Belia Rm 100. Hari ini 27 julai 2023, PMX mengumumkan bantuan tunai kepada golongan belia , B40, M40, bagi mereka yang layak.
KELAYAKAN E TUNAI RM100.00
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka layak menerima insentif bagi mereka yang dewasa yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Umur 21 tahun keatas, (Bukan student). Perincian akan diberitahu kelak nanti.
“Bilangan penerima layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,”