contoh surat lantikan pibg sekolah

Sekiranya anda ingin berhenti kerja disebabkan ada faktor-faktor tertentu, korang kena buat surat berhenti kerja secara rasmi kepada syarikat yang anda kerja. Ada keperluan buat surat seperti ini sebab untuk syarikat membuat persediaan mencari pekerja baru, atau mungkin majikan boleh membuat tawaran baru kepada anda (naik gaji, elaun tambahan dan sebagainya) dan juga ini adalah prosedur yang perlu anda lakukan jika ingin berhenti secara hormat. Jika anda tidak berbuat demikian ianya akan memberi kesan kepada syarikat dan anda sendiri. Bahkan anda boleh di saman atau kena bayar balik kepada syarikat satu atau dua bulan gaji asas. Bergantung kepada klausa dan undang-undang terpakai.

Format Asas Surat Rasmi Berhenti Kerja

BAHAGIAN 1

Ayat permulaan kena formal dan tidak berlu kena tulis dalam bahasa yang sangat puitis. Kehadapan kekanda, acik ko! Dalam ayat atau perenggan pertama, nyatakan sahaja jawatan anda dan tarikh berhenti kerja. Anda tak perlu juga untuk menulis tujuan anda secara terperinci. Majikan anda sudahpun tahu sebab anda ingin letak jawatan ketika perbualan bersama majikan secara tidak rasmi. Jadi, pasti perenggan pertama anda tepat dan ringkas.

BAHAGIAN 2

Seterusnya, tulislah kata-kata terima kasih dan kesyukuran atas peluang pekerjaan ini. Dalam bahagian ini, anda boleh nyatakan perkara menarik yang anda alami serta pengajaran yang dipelajari ketika bekerja dalam syarikat tersebut. Walaupun anda mungkin gembira untuk meninggalkan pekerjaan ini, anda masih perlu berbaik-baik dengan majikan supaya anda meninggalkan kesan positif serta memperoleh surat rujukan atau referral letter yang baik.

BAHAGIAN 3

Akhir sekali, nyatakan niat anda untuk membantu dalam proses penyerahan jawatan tetapi jangan janji perkara yang anda tidak boleh lakukan. Hanya tulis beberapa ayat yang menyatakan hasrat untuk memastikan proses penyerahan jawatan berjalan lancar sehingga hari terakhir anda.

Contoh Umum Surat Rasmi Berhenti Kerja

Secara amnya, notis berhenti kerja adalah dalam masa satu atau dua bulan. Berikut adalah contoh umum surat rasmi berhenti kerja yang ringkas.

contoh surat berhenti kerja

Nor Hazimah Binti Mohamed Isa

7-2-2 GUGUSAN SEROJA,

JALAN CECAWI 6/30,

47810 PETALING JAYA,

SELANGOR,

 

 

Mazlee Bin Mohammad

IKANO PTE LTD,

IKANO POEWR CENTRE,

NO, 2 JALAN PJU 7/2,

MUTIARA DAMANSARA,

47810 PETALING JAYA,

SELANGOR.       10 MEI 2016

 

 

Tuan,

Perkara : Surat Perletakan Jawatan

 

Merujuk kepada perkara di atas, saya Nor Hazimah Binti Mohamed Isa Emp no: 96070, ingin meletakkan jawatan saya sebagai asst. BISTRO/SFM di IKEA mulai  12hb Jun  2016 iaitu bersamaan dengan notis 1 Bulan dari tarikh ini.

  1. Saya berbuat demikian adalah kerana telah  mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran.
  2.           Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana memberi kepercayaan kepada saya selama saya bekerja di syarikat ini.
  3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

 

……………………………………………

(NOR HAZIMAH BINTI MOHAMED ISA)

I/C NO: 780158-10-5148

NO TEL:011-123456789

 

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Notis 24 Jam

Apabila menulis notis berhenti kerja yang lebih singkat, anda dinasihatkan untuk menyatakan tujuan anda. Ini adalah untuk mengelakkan salah faham dan sebagai tanda hormat. Contoh surat rasmi berhenti kerja dengan notis 24 jam adalah seperti berikut.

 

surat berhenti kerja notis 24 jam

 

Syabas! Anda Kini Bersedia Untuk Peluang Hidup Baru

Proses peletakan jawatan ini adalah langkah yang sangat berani untuk diharungi. Setelah menghantar surat rasmi berhenti kerja, anda bolehlah bersedia untuk menjelajah peluang baru dalam hidup.

Contoh surat berhenti kerja doc file format.

Surat_Berhenti_Kerja_Dan_Juga_Perletakan