Sekiranya anda ingin berhenti kerja disebabkan ada faktor-faktor tertentu, korang kena buat surat berhenti kerja secara rasmi kepada syarikat yang anda kerja. Ada keperluan buat surat seperti ini sebab untuk syarikat membuat persediaan mencari pekerja baru, atau mungkin majikan boleh membuat tawaran baru kepada anda (naik gaji, elaun tambahan dan sebagainya) dan juga ini adalah prosedur yang perlu anda lakukan jika ingin berhenti secara hormat. Jika anda tidak berbuat demikian ianya akan memberi kesan kepada syarikat dan anda sendiri. Bahkan anda boleh di saman atau kena bayar balik kepada syarikat satu atau dua bulan gaji asas. Bergantung kepada klausa dan undang-undang terpakai.