CARA claim (tebus) e-Rebat RM200(Pembelian Mesin Basuh Cekap Air)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini sedang giat dalam menjalankan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh kepada orang ramai.
Matlamat utama kempen ini dijalankan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.
Oleh itu, e-Rebat ini ditawarkan kepada orang ramai bagi pembelian mesin basuh cekap air melalui platform Shopee dan pihak SPAN juga telah merancang untuk menambah jenis produk-produk cekap air yang lain seperti pili air dan pancuran mandi pada tahun ini.
Bagi orang ramai yang berminat, mereka boleh mendapatkan e-Rebat ini bagi pembelian mesin basuh di aplikasi Shopee.
Jumlah e-Rebat Kempen Jimat Air 1.0
Jumlah e-Rebat yang ditawarkan bagi setiap pembelian mesin basuh cekap air adalah sebanyak maksimum RM200 bagi setiap pembelian.
Syarat Pembelian Kempen Jimat Air 1.0
Tiada syarat pembelian yang khusus dikenakan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan e-Rebat ini.
Namun, e-Rebat yang ditawarkan hanya boleh digunakan menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay.
Oleh itu, orang ramai yang telah mengaktifkan Shopeepay boleh mendapatkan e-Rebat tersebut dan membuat penebusan bagi produk yang ditawarkan.
Cara Membuat Penebusan Kempen Jimat Air 1.0
Untuk membuat penebusan e-Rebat tersebut, sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan:
- Pastikan akuan Shopeepay telah disahkan.
- Pada 24 September 2021, klik pada bahagian ‘My Voucher’ di aplikasi Shopee dan klik pada voucher Jimat Air 1.0 untuk membuat penebusan.
- Pilih produk/item yang mempunyai label Jimat 1.0.
- Pilih voucher Jimat 1.0 dan bayar menggunakan Shopeepay bagi produk yang dipilih tersebut.
Soalan Lazim
1.Apakah tujuan kempen Jimat Air 1.0 ini diadakan?
Kempen Jimat Air 1.0 diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.
2.Berapakah jumlah e-Rebat yang ditawarkan bagi setiap penebusan?
Jumlah e-Rebat yang ditawarkan adalah sebanyak RM200 bagi setiap penebusan.
3.Adakah saya wajib menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay untuk menebus e-Rebat ini?
Ya. Orang ramai perlu menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay bagi membolehkan mereka membuat penebusan e-Rebat ini.
Sebarang Pertanyaan atau Info lanjut.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen JimatAir 1.0 ini, sila hubungi pihak SPAN di talian 03-8317 9333 atau melayari laman web SPAN https://www.span.gov.my/ untuk maklumat lanjut.