Cara nak daftar I-Akaun Kwsp secara online
Sangat mudah sekarang ini. Yang penting korang kena banyakkan bersabar ketika ini sebab ramai yang nak daftar i-akaun. Kita tak boleh nak buat secara manual sebab sekarang ini covid19. Nak kena buat temujanji pulak. Sebelum korang nak mohon i-Sinar, korang kena ada akaun i-akaun terlebih dahulu sebelum proceed ke next step. Jadinya hari ini aku nak share macam mana nak buat i-akaun. Mudah jer bro..
Sekarang ini kita nak memohon i-sinar untuk pengeluaran akaun 1 korang perlu ada i-akaun untuk permohonan i-sinar ini nanti.
Mana yang senang korang ikut jerla kan.
Call no KWSP official punya iaitu. (03-89226000).
*Mungkin line sangat sibuk ramai yang call, kalau tak bunyi korang tunggulah ya.
Dah tekan no atas tuh. Tekan no2.
Selepas itu inform customer servis ” cakap nak daftar i-Akaun.
Bila dah dapat telepon pegawai perkhidmatan. Dia akan tanya soalan berkaitan dengan diri korang tuh. Mungkin alamat ke, , no kad pengenalan, Email, dan sebagainya. Pastikan jawapan betul, kalau salah tak dapat lah nak proceed next step.
Jangan lupa juga, sila tanya no EPF anda jika terlupa/takda. (catat ya, untuk proceed ke i-akaun korang kena ada no epf/npo kwsp tuh penting. Kalau dah ada, ok bagus.
Selepas verification semua dah lepas korang dapat jawab dia akan ke next step.
KWSP akan hantar SMS ke no phone anda yang berdaftar [ PIN NUMBER] simpan baik-baik.
Pergi ke laman rasi KWSP official.
Atau terus ke member login disini
Dia suruh masukkan user id.
User id ada dekat sms yang masa dekat atas tuh aku ada bagitahu. Ikut jer yang tuh dia punya user ID.
(Kata laluan) Password pun sama ikut dari sms yang korang dapat tuh.
Dah confirm semua. Tekan Butang Login.
Pap….
Dia akan keluar popup macam dibawah ini.
Kalau kau rasa rajin nak baca term dan syarat2 nya korang baca lah dulu. Bahasa english aku pun tak berapa nak paham. Kalau malas, kau tekan butang tick dekat bawah tuh. Kemudian tekan butang next.
Create a username.
buat username nih untuk pengesahan selepas ini terus masuk username kita sendiri dan password yang baru.
ID no dan nama akan terpapar.
ID tuh no kad pengenalan kita .
Name : Nama kitalah, Polan Bin Sipolan.
User ID= Ini adalah user id baru anda yang akan daftar baru nanti. Kena ingat ya!!
8 hingga 12 digit. Alpanumenic. Contohnya Polankacak54. Lebih dari 8 sampai 12 jer. Kalau username itu dah ada, korang kena cari lain pulak.
Kemudian dibawahnya ialah password.
8 minimum sampai 20 boleh satu kali maksimum. Boleh campur huruf dengan nombor. Kasi password yang susah sikit dan pastikan hafal ya.
Confirm new password.
Tekan password sekali lagi yang sama ,
Online Image.
Ini lebih kurang macam dia punya secure login. Bila korang masukkan user id yang betul dia akan keluar gambar yang telah korang pilih ini masa nak login.
Secret Pharase : lebih kurang hint password kurang atau apa2 jerla buat korang ingat untuk login nanti.
Dah siap!!!
Login macam biasa.
Atau nak senang, muat turun applikasi i-Kwsp dari ios atau android google play.