Konsep 6C dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)
Kita acap kali mendengar konsep 4C dalam Pembelajaran Abad ke-21. Namun, adakah anda pernah mendengar penekanan 6C dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). 6C merujuk kepada enam kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri murid oleh guru-guru melalui proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) tidak kira sama ada didalam kelas atau diluar kelas.
Sehubungan dengan itu, kemahiran 6C yang dimaksudkan ialah :
- Critical Thinking
- Creative Thinking
- Collaboration
- Communication
- Character
- Country
Berikut merupakan penerangan lebih lanjut berkaitan enam kemahiran ini yang perlu diterapkan dalam diri murid hasil daripada PdPc :
- CRITICAL THINKING (PEMIKIRAN KRITIS)
Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
- CREATIVE THINKING (PEMIKIRAN KREATIF)
Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai.
- COLLABORATION (KOLABORASI)
Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat.
- COMMUNICATION (KOMUNIKASI)
Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak.
- CHARACTER (PERWATAKAN)
Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti.
- COUNTRY (KENEGARAAN)
Merujuk kepada sikap patriotisme dalam diri iaitu cinta akan negara dan mempunyai identiti nasional.
SUMBER :
1BestariNet