Berikut adalah Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) menerangkan secara khusus terma, syarat, kaedah pelaksanaan penilaian keberhasilan.
Penilaian komponen keberhasilan merupakan sebahagian daripada PBPPP.
Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian keberhasilan ialah 100%.
Walau bagaimanapun dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%.
Kaedah penulisan keberhasilan.
Penyataan sasaran keberhasilan perlu ditulis dengan jelas tentang hasil yang akan dicapai daripada tugas-tugas yang dilaksanakan.
Bagi memudahkan penulisan penetapan sasaran keberhasilan, kriteria-kriteria berikut boleh digunakan.
a. Mempunyai Kata Kerja
Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya.
b. Mempunyai Penyataan Ukuran Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan.
Penyataan ukuran boleh mengandungi:
Kuantiti; dan/ atau
Kualiti; dan/ atau
Kos; dan/ atau
Masa
c. Mempunyai Tujuan Sasaran
Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap hasil kerja.
d. Mempunyai Peringkat Sasaran (jika perlu)
Tahap atau peringkat penglibatan yang akan dicapai.
CONTOH KESALAHAN MENULIS KEBERHASILAN
Jadual di bawah pula menujukkan beberapa contoh kesalahan penulisan sasaran keberhasilan.
Penulisan sasaran keberhasilan berikut tidak sesuai digunakan kerana tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tidak memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama PYD.
Muat Turun:
– Template Borang Keberhasilan 2021 A | B
– Panduan Keberhasilan 2021
– Contoh Penulisan Keberhasilan Ikut Jawatan 2021
credit to cikgushares.com