
MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
- Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
- Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
- Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
- Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
- Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
Bilangan penutur / pendengar:
- Tunggal (seorang)
- Jamak (lebih daripada seorang)
Golongan pengguna:
- Masyarakat Moden
- Masyarakat Melayu Lama (klasik)
- Masyarakat Istana / Bangsawan
Contoh Kata Ganti Nama Diri
- Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
| Kata Ganti Diri Pertama | Penggunaannya |
| aku (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban) |
| saya (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi. |
| hamba (tunggal) | Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu. |
| patik (tunggal) | Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan. |
| beta (tunggal) | Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat. |
| kami (tunggal) | Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. |
| kita (tunggal) | Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua. |
- Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
| Kata Ganti Diri Kedua | Penggunaannya |
| anda (tunggal dan jamak)) | Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita. |
| awak (tunggal) | Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. |
| engkau (tunggal) | Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau) |
| Tuan hamba (tunggal) | Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua) |
| tuanku (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. |
| kalian (tunggal) | Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. |
| kamu (tunggal dan jamak)) | Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. |
- Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)
| Kata Ganti Diri Ketiga | Penggunaannya |
| baginda (tunggal) | Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan. |
| beliau (tunggal) | Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin. |
| Dia dan ia (tunggal) | Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan. |
| mereka (tunggal) | Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang. |
- Bentuk kesilapan:
| SALAH | BETUL |
| “Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul. | “Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul. |
| Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun. | Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun. |
| Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. | Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. |
| “Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. | “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. |
| Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau. | Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda. |
| Saya ingin berjumpa dengan ia. | Saya ingin berjumpa dengannya. |
| Mereka-mereka sedang bermain bola di padang. | Mereka sedang bermain bola di padang. |
- Ringkasan:
| Kata Ganti Nama Diri | Tunggal | Bilangan Banyak / Jamak |
| Diri Pertama (penutur) |
|
|
| Diri Kedua (pendengar) |
|
|
| Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya) |
|
|