Panduan Temuduga guru dg41

TIPS TEMUDUGA GURU

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Perkongsian tentang temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Kita kalau nak berperang ,kena siap sedia untuk sediakan kelengkapan perang kita. Dari segi peluru, persiapan mental dan fizikal. Macam juga nak temuduga guru kita kena sediakan kelengkapan “perang” sebelum kita nak interview nanti. Haa macam tuhla.

 

Ada 3 perkara dalam penulisan ini:

 

1. Penyediaan Dokumen

2. Proses temu duga

3. Soalan-soalan musykil (baca, penting)

1. Penyediaan dokumen

 

Rujuk senarai semak dokumen. Boleh didapati melalui portal SPP. Sediakan dokumen-dokumen tersebut dan yang original (dimasukkan dalam fail) dan 1 salinan (disahkan) untuk SPP. 1 salinan sahaja, kalau rasa tak yakin, boleh buat 2 sahaja.

 1 salinan bagi dokumen berikut

  • ⭐ KAD PENGENALAN
  • ⭐ SIJIL LAHIR
  • ⭐ SIJIL SPM
  • ⭐ SURAT TAMAT PENGAJIAN
  • ⭐ SIJIL IJAZAH (konvo) BM
  • ⭐ TRANSKRIP AKADEMIK (degree) *BM
  • ⭐ MQA; JPA
  • ⭐ 3 SIJIL PENCAPAIAN TERTINGGI

 

✨Dokumen salinan mengikut senarai semak asingkan siap-siap. Kalau saya, dokumen salinan saya kepil dan simpan dalam sampul surat (jgn gam). Pada hari temu duga, staf SPP akan minta dan kita keluarkan daripada sampul.

✨ Sediakan dan susun fail untuk temu duga. Fail ini boleh ditambah senarai kandungan daripada senarai dokumen. (rujuk gambar). 1 fail utk rujukan panel shj/ normal pergi temu duga perlu ada fail peribadi. Pastikan semua dah susun deb

✨ Pastikan susunan dokumen dalam fail teratur dan mudah dibaca. Masukkan dokumen ori dalam fail. Berikut (rujuk gambar) merupakan cara susunan dokumen dalam fail saya.

✨ Sila bawa fail/ buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) anda. RPH terkandung dalam senarai semak dokumen yang diperlukan. Ada yang masih guna buku utk penulisan RPH, bawa buku. Jika ada yang sudah guna fail utk penulisan RPH, bawa fail ☺️ Jangan gaduh okey! *yang penting RPH

 

✨ Saya bawa buku RPH Praktikum Fasa 2.

 

2. Proses temu duga

 

⭐️ Pastikan semak portal SPP untuk ketahui tarikh dan tempat temu duga.

⭐️ Datang awal sebelum temu duga bermula. Staf SPP akan semak dokumen calon & fail sebelum masuk ke bilik temuduga.

⭐️ Temuduga ada 3 sesi di dalam bilik yang sama. Ada 2 orang panel temuduga; 1 Pegawai SPP (rujuk portal untuk ketahui nama mereka & semasa hari temu duga baru tahu pegawai yang akan temu duga calon), 1 wakil guru cemerlang/ pegawai ppd (yang pasti insan yang berkaitan dengan pengkhususan anda)

⭐️ Temu duga berkumpulan.

⭐️ Sesi 1; Kenalkan diri dan soalan umum yang berkaitan dengan pendidikan. Dikendalikan oleh Panel 1. (Contoh; akta/ falsafah pendidikan/ isu pendidikan terkini)

⭐️ Sesi 2; Soalan-soalan tentang pengkhususan. (Contoh; Apakah elemen terbaru dalam kurikulum Prasekolah dan lain-lain). Dikendalikan oleh Panel yang ke dua.

⭐️ Sesi 3; Soal jawab. Sekiranya calon temu duga mempunyai sebarang soalan, boleh ajukan. Jika tiada pun tak apa. Tiada pengurangan markah. Lebih baik tanya, sebab nampak kita punya kesungguhan tuh ada.

 

3. Soalan-soalan musykil

Soalan-soalan yang biasa mewujudkan kekeliruan terhadap calon.

 

1. Perlu sediakan 2 fail tak sebab ada dua panel?

Tak perlu. Fail itu satu sahaja (susunan dokumen original). Tiada fail salinan. Dokumen sahaja yang perlu ada salinan mengikut senarai semak utk diserahkan kepada pihak SPP.

2. Perlu tak bawa jurnal praktikum?/ segala fail tentang praktikum

Tak perlu. Tak ada dalam senarai 😆 tak diminta pun. Yang dinyatakan cuma RPH.

3. Perlu tak bawa dokumen tentang e-vetting?

Tak perlu.

4. Sekiranya sijil lisan BM dan BI saya hilang/tertinggal, perlu bawa bawa?

Tak perlu. Sebab kelulusan/kepujian dalam BM yang mahu dilihat adalah melalui sijil SPM. Nanti staf SPP akan bulatkan gred BM dalam sijil SPM. Sila baca senarai semak dokumen SPP dengan betul.

5. Perlu tak bawa kajian saya?

Tidak perlu

6. Surat pengiktirafan JPA dan MQA tak ada dua-dua, bagaimana?

Semak dalam laman web mqa,jpa dahalu (laman web; senarai semak no6). Jika tiada, hubungi pensyarah. Jika baru MQA, kadang-kadang surat belum keluar. Jadi, jika ada salah satu pun okey 😊 Jika tiada langsung, ada surat daripada pihak MQA. Macam pengkhususan saya iaitu PAKK, baru sahaja MQA. Tiada surat pengiktirafan tetapi pensyarah dan pihak MQA uruskan surat makluman bahawa kami telah MQA. Kami cuma bawa surat tersebut. Jangan pening-pening okey 😬

7. Kenapa ada yang masukkan slip peperiksaan setiap sem dalam fail?

Sebab, calon ditemu duga sebelum konvo. Jika anda dah konvo, dah dapat transkrip peperiksaan. Jadi, guna sahaja transkrip sebab dalam transkrip ada semua semester.

8. Mana nak dapat surat tamat pengajian?

Portal IPG masing-masing dalam iTem/ ikut uni masing-masing.

9. Berapa sijil salinan yang diperlukan?

Buat masa sekarang ini (akan datang tak tahu) 3 sijil salinan tertinggi sahaja diperlukan utk diserahkan kepada pihak SPP. Pilih 3 yang hebat! Kalau tak confident, nak sedia 5 tak apa la 😄 . Dalam fail, terpulang nak letal sijil asli banyak mana!

10. Sijil pencapaian masa zaman sekolah perlu letak dalam fail?

Tak perlu. Yang saya letak cuma sijil pencapaian di sekolah-sekolah yang pernah saya praktikum. Bukan sijil zaman sekolah dulu kala

👍🏻 Perkara yang paling penting ialah calon sudah sediakan semua senarai semak dokumen yang diperlukan + sudah membuat ulang kaji tentang pendidikan + yakin ketika hari temu duga ditambah dengan pakaian yang sesuai dan kemas 😊

👍🏻 Pada pandangan saya, panel tidak akan minta dokumen yang tidak dinyatakan secara tiba-tiba. Mereka telah tetapkan dokumen yang penting dan dikehendaki. Baca dengan betul dan jangan salah faham hingga menyebabkan kekeliruan ramai calon.

 

👍🏻 Saya cuma bawa dokumen yang dinyatakan dan yang perlu sahaja utk temu duga.

👍🏻 Share sahaja info ini dan jika pada tahun anda ada perubahan, sila ikut dan boleh abaikan perkongsian saya 😊

👍🏻 Selamat maju jaya ✨

#sharingiscaring

#temudugaSPP

credit to facebook. tak ingat siapa punya profile sebab aku punya facebook dah kena banned.

Enable Notifications OK No thanks