Perlawanan yang ditunggu-tunggu dalam perlawanan persahabatan untuk edisi 2022. Perlawanan pertama kita bermula dengan baik apabila berjaya menudukkan pasukan Filipina 2-0 di separuh masa pertama, awal-awal minit ketiga dan minit ke 25 , dua gol disumbangkan oleh Akhyar Rasyid.
Bagaimana pula pertemuan dengan pasukan Singapura pada perlawanan malam ini ? Kita harap ianya mempersembahkan satu permainan yang menarik untuk kita saksikannya. Last game kita tewas dalam pertemuan dengan pasukan hujung tambak ini, 0-1 jaringan dari Faris Ramli minit ke 82 lebih. Secara kiraan dan prestasi semasa, harimau malaya cuba bagi yang terbaik dalam kejohanan piala aff suzuki ,tetapi persiapan yang kurang rapi, pemain kurang. Ada yang pergi kotmitmen lah apalah itulah inilah. Kita tak lepas di peringkat kumpulan guys, kalah dengan pasukan Indonesia 4-1 guys. Dengan vietnam kita kena kitai 0-3 beb.
Pasukan Singapura sampai peringkat separuh akhir, itupun kalah tipis dengan Indonesia. Kalau diaorang tak kena kad rasanya diaorang boleh jer perform habis-habisan. Namun skuad kali ini pastinya berbeza , Kita yang sudah tak mahu dirundung malang lagi. Harimau malaya bangkit dibimbing oleh barisan kejurulatihan dari Korea, Kim Pan Gon dengan pasukan mereka sendiri , ada analisis team yang lebih solid kali ini.
UJIAN PERTAMA, KIMP PAN GON MULA LANGKAH KANAN!!
Terbukti dengan kemenangan pertama hari rabu yang lepas, kita menang 2-0 keatas pasukan Filipina yang lebih tinggi rankingnya. Ini satu petanda yang baik. Kalau dapat tewaskan pasukan Singapura barulah kita boleh bagi credit kepada Kim Pan Gon, dan pasukannya itu. Masih terlalu awal untuk kita menilai sejauh mana kehebatan Kim Pan Gon pada perlawanan ini. Kita kena cari perlawanan international yang berkelas A macam lawan dengan team pasukan Arab timur.
Cabaran yang sebenar kita akan berentap dengan pasukan Bahrain, Turkmenistan dan dan Bangladesh. Kalau takda percangan yang rapi, kita boleh jadi team lauk kumpulan E ini. Dengan bangladesh kalau kita kalah, mana nak letak muka beb. Sebab itu, Kim Pan Gon mensasarkan sekurang-kurangnya 7 mata dalam Kumpulan E ini. Fuh mana pasukan yang kita boleh menang mungkin, Bangladesh, dan Turkmenistan lah kot.
Harapnya kita ada keputusan yang positif dalam perang kedua pertemuan pada malam ini menentang pasukan Singapura.
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS SINGAPURA 26.3.2022